| MAHIR MASAK |
| Tarikh : 2 Disember 2025 Masa : 10.30am – 12.30 pm Lokasi : NADI Felda Trolak Timur Peserta : 3 orang |
TUJUAN:
- Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan penyediaan makanan secara sihat dan bersih bagi menjamin kesihatan keluarga di rumah.
- Meningkatkan pengetahuan mengenai teknik-teknik masakan yang betul serta penggunaan bahan-bahan alternatif yang lebih berkhasiat dalam menu harian.
- Menggalakkan minat dalam bidang kulinari serta memupuk kreativiti peserta untuk menghasilkan hidangan yang menarik, lazat dan seimbang.
AKTIVITI:
- Demonstrasi masakan secara langsung yang menunjukkan langkah-langkah penyediaan menu khusus daripada pakar atau tenaga pengajar.
- Sesi praktikal “hand-on” di mana peserta berpeluang mencuba teknik potongan dan kaedah memasak yang betul.
- Perkongsian tip pengurusan dapur, cara pemilihan bahan mentah yang segar dan teknik penyimpanan makanan agar tahan lebih lama.
- Edaran kompilasi resipi dan nota panduan nutrisi sebagai rujukan peserta untuk mempraktikkan masakan di rumah.