Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Timur mengadakan promosi dashboard komuniti kepada komuniti sekitar Felda Trolak Timur. Selain itu kami mempromosi dan menggalakkan pengguna memasang (install) aplikasi Dashboard Komuniti di android (telefon) masing-masing di Google Play atau Play Store. Aktiviti yang terlibat pada hari tersebut juga adalah memberi penerangan KDB dengan lebih lanjut kepada pengguna, aktiviti kesihatan seperti memeriksa darah tinggi dan selain itu aktiviti sampingan iaitu karaoke serta cabutan bertuah kepada pengguna yang hadir.
Tarikh : 16 Julai 2017
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi sehingga 2.00 petang





























