mcmc
Maklumat NADI TrolakTimur

Maklumat NADI Felda Trolak Timur

NADI FELDA TROLAK TIMUR merupakan sebuah projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM Bhd) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat serta mendedahkan kepada masyarakat  kepentingan ICT dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan taraf hidup tertutama di kawasan luar bandar.

OBJEKTIF PENUBUHAN:

    •   Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
    •   Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
    •   Meningkatkan taraf sosioekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti
    •   yang dijalankan di Pusat Internet.
    • • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
    • • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

NADI Felda Trolak Timur menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua ahli yang telah mendaftar. Antara latihan yang disediakan ialah :
• Pengenalan asas komputer

• Asas internet

• Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

• Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)

JUMLAH KEAHLIAN:

NADI Trolak Timur telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula operasi pada 17/4/2010 . Ramai telah mendaftar diri dengan Pedi Trolak Timur bagi mendapat perkhidmatan yang kami sediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini ialah 2063 Ahli.

KENALI PETUGAS NADI TROLAK TIMUR:

Untuk menjadi petugas NADI Felda Trolak Timur, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pedi Trolak Timur . Tangungjawab dan amanah yang telah diberikan . Kenali kami

PENGURUS

Nama: NURHIDAYAH BINTI ISMAIL

Mula berkhidmat: 22 Februari 2013

PENOLONG PENGURUS

Nama: AMIRUL ALIP BIN MOHD NORDIN

Mula berkhidmat: 15 September 2017