



Tarikh: 10 November 2025
Masa: 11.30 pagi – 1.00 tengah hari
Program Wellbeing: Pemeriksaan Kesihatan Wanita ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita tentang kepentingan menjaga kesihatan diri secara menyeluruh. Melalui program ini, peserta berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, paras gula dalam darah dan indeks jisim badan (BMI). Selain itu, peserta turut diberikan penerangan ringkas mengenai gaya hidup sihat, pemakanan seimbang serta kepentingan aktiviti fizikal. Program ini diharap dapat membantu wanita mengenal pasti tahap kesihatan masing-masing dan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat dan seimbang.