


Tarikh: 8 November 2025
Masa: 11.30 pagi – 1.00 tengah hari
Program Tiny Techies peringkat sekolah menengah ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas teknologi digital dan pengaturcaraan melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan. Pelajar didedahkan kepada aktiviti coding mudah, reka bentuk digital serta projek mini yang menggalakkan kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif. Program ini juga membantu menanam minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta membentuk pelajar yang celik teknologi dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital masa kini.